Peribahasa dan Simpulan Huruf Abjad Awal A

Inilah beberapa Peribahasa dan Simpulan Kata serta artinya yang dimulai dengan awalan berabjad huruf A. Silahkan anda lihat dan cari dibawah ini :

  • abang angkat: lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
  • abang ipar: suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
  • abang kandung: abang yang seibu sebapa.
  • abu angin: telah musnah sama sekali.
  • Abu Dajal: orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
  • Abu Jahal: orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan; suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
  • Abu Lahab(sila lihat juga Abu Jahal.)
  • Abu Nawas: orang yang pandai mencari helah dengan akalnya untuk melepaskan diri daripada sebarang bencana.
  • ada-ada: ada sesuatu.
  • ada akal: cara menyelesaikan sesuatu masalah.
  • ada angin: orang yang berperangai luar biasa dengan fikirannya yang tidak tentu; orang yang mempunyai sikap tidak tetap kelakuannya sering berubah-ubah pada masa tertentu.
  • ada bakat: berkebolehan dalam bidang tertentu.
  • ada can: ada peluang.
  • ada gaya: ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
  • ada hati: menaruh keinginan yang melebihi kesanggupan pada sesuatu atau ada kemahuan untuk membuat sesuatu.
  • ada harta: orang yang kaya atau berharta.
  • ada jalan: ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
  • adat balai: adat dalam istana raja.
  • adik angkat: seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
  • adik ipar: adik kepada isteri atau suami.
  • adik kandung: adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
  • adu buku: bertinju.
  • adu domba: melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
  • adu kening: berhadap-hadapan muka.
  • adu lengan: beradu kekuatan.
  • adu nasib: mencari rezeki.
  • adu untung(sila lihat juga adu nasib.)
  • air mandi: sudah menjadi kebiasaan.
  • air muka: (a) rupa, wajah; air muka seseorang. (b) maruah.
  • air pasang: paras air laut yang meningkat.
  • air sembilan: air yang digunakan untuk memandikan mayat.
  • air setaman: air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
  • air surut: paras air laut yang turun.
  • ajak-ajak ayam: tidak sungguh-sungguh mempelawa; mempelawa tanpa kesungguhan.
  • akal belut: orang yang pandai tipu muslihat.
  • akal kancil(sila lihat juga akal belut.)
  • akal sejengkal: orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
  • alas cakap: (a) penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b) percakapan yang tertib.
  • alas kata(sila lihat juga alas cakap.)
  • alas perut: makan sedikit supaya tidak lapar.
  • alih akal: berubah pendapat atau fikiran.
  • alih angin: berpindah tempat tinggal.
  • alih muka: menyamar.
  • alim kucing: orang jahat yang berpura-pura berkelakuan baik.
  • aliran masa: perubahan masa.
  • aliran masyarakat: kehendak masyarakat.
  • ambil abu: maksud yang tidak kesampaian.
  • ambil ada: berpuas hati dengan apa yang ada.
  • ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya untuk menghilangkan penat.
  • ambil bahagian: menyertai.
  • ambil berat: beri perhatian.
  • ambil haluan: membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
  • ambil hati: (a) menarik perhatian seseorang atau membuat sesuatu supaya yakin kepadanya atau disukai orang; memikat hati. (b) perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk atau menaruh perasaan marah.
  • ambil ibarat: menjadikan sesuatu sebagai teladan.
  • ambil ingatan: dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
  • ambil muka: membuat sesuatu supaya disukai.
  • ambil sumpah: disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
  • ambil tahu: memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
  • anak Adam: umat manusia.
  • anak air: sungai kecil.
  • anak angkat: anak orang lain yang dijadikan, dibela, atau dipelihara sebagai atau seperti anak sendiri.
  • anak bapa: seseorang atau orang yang gagah, berani, atau handal.
  • anak baju: baju dalam.
  • anak buah: orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga, anak saudara (anak kepada abang, kakak, atau adik yang ada hubungan kekeluargaan); pengikut, rakyat, atau orang-orang yang di bawah jagaan seorang ketua.
  • anak bukit: bukit kecil.
  • anak bulan: bulan baru, satu haribulan Hijrah.
  • anak dara: budak perempuan (gadis) yang belum berkahwin.
  • anak didik: orang di bawah jagaan kita.
  • anak emas: anak atau orang yang sangat disayangi; orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
  • anak gahara: anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
  • anak haram: anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
  • anak jantan: orang lelaki yang berani sifatnya.
  • anak kandung: anak yang dilahirkan sendiri.
  • anak kapal: orang yang bekerja sebagai kelasi dalam sesebuah kapal.
  • anak mata: bulatan di tengah mata.
  • anak negeri: rakyat sesebuah negeri.
  • anak perahu(sila lihat juga anak kapal.)
  • anak piatu: anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
  • anak pungut(sila lihat juga anak angkat.)
  • anak sungai: sungai kecil yang mengalir dalam sebatang sungai yang lebih besar.
  • anak tangga: tempat berpijak atau terpijak sebuah tangga.
  • anak teruna: pemuda yang belum berkahwin.
  • anak tiri: (a) bukan anak kandung kepada ayah atau ibu yang baru. (b) orang yang tidak diberikan perhatian sewajarnya.
  • anak tunggal: anak satu-satunya.
  • anak tut(sila lihat juga anak angkat.)
  • anak yatim: anak yang sudah kematian ibu atau bapanya.
  • anak yatim piatu: anak yang sudah kematian ibu dan bapa serta tiada saudara mara.
  • angin-angin: khabar atau berita yang belum dapat dibuktikan atau belum tentu betulnya.
  • angkat alis: kehairanan.
  • angkat bahu: tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
  • angkat bakul: sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
  • angkat diri: sombong.
  • angkat kaki: cabut atau pergi dengan segera dari tempat itu; melepaskan diri apabila ada kesusahan.
  • angkat kening(sila lihat juga angkat alis.)
  • angkat mata: (a) berani menentang atau melawan. (b) selesai daripada membuat kerja berat.
  • angkat muka: seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperoleh.
  • angkat nama: terkenal.
  • angkat senjata: berperang.
  • angkat suara: meninggikan suara.
  • angkat sumpah(sila lihat juga ambil sumpah.)
  • angkat topi: menghormati.
  • anjing hitam: orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
  • anjing kurap: orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
  • api peperangan: perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
  • api percintaan: perasaan cinta yang meluap-luap.
  • arang di dahi: mendapat malu.
  • arang di kening(sila lihat juga arang di dahi.)
  • arang di muka(sila lihat juga arang di dahi.)
  • asam garam: pengalaman; susah senang dalam kehidupan.
  • atas angin: negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia Barat.
  • atas nama: menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
  • atas pagar: (a) berkecuali; seseorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. (b) tidak masuk campur. (c) tidak lulus dan tidak gagal (sederhana).
  • ayam jalak: orang yang berani.
  • ayam tambatan: seseorang yang menjadi orang harapan seseorang atau orang lain dalam sesuatu pertandingan.

Itulah beberapa peribahasa atau simpulan kata yang berawalan abjad A. Untuk Abjad lainnya bisa anda cari pada link berikut ini >>> Kumpulan Peribahasa dan Simpulan Kata.

Facebook Comments

Artikel Lainnya

Kumpulan Peribahasa Singkat Kumpulan Peribahasa Singkat - Mulai saat ini di Lintas Berita akan ada kategori baru yang khusus membahas tentang peribahasa atau simpulan kata yang d...